|
SEJARAH / LATAR BELAKANG
Persatuan Belia Melayu Kampung Idaman (PEKIDAM) ditubuhkan melalui hasil perbincangan generasi muda di Kampung Idaman Pelabuhan Klang serta pandangan beberapa masyarakat serta pemimpin setempat dalam usaha membendung gejala sosial yang semakin berleluasa. Maka pada 13 Ogos 2008 satu keputusan dicapai dan permohonan telah dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Tanggal 15 April 2009 dengan nombor pendaftaran PPBM2232/09 Persatuan Belia Melayu Kampung Idaman (PEKIDAM) telah ditubuhkan dengan rasminya dan menjadi sebuah Persatuan Belia yang berdaftar.
|