SELAMAT DATANG KE PORTAL PERSATUAN BELIA MELAYU KAMPUNG IDAMAN

  

  home | Latar Belakang | Objektif, Misi dan Visi | Syarat-syarat Menjadi Ahli | Jawatankuasa Kerja | Aktiviti | Galeri | Hubungi Kami

SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI

 

(1)          Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini adalah seperti berikut :

 

(a)          Warganegara Malaysia;

(b)          Berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;

(c)          Tidak menjadi ahli atau memegang jawatan dalam sebarang pertubuhan belia lain;

(d)          Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa;

 

(2)          Permohonan untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia untuk kelulusan.

 

(3)         Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad.

(4)         Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama.

(5)         Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan belia ini kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti atau Kolej Universiti berkenaan.

 

 

BAYARAN MASUK / YURAN KEAHLIAN YANG DIKENAKAN

 

(1)         Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan oleh ahli adalah seperti berikut:

Bayaran masuk   RM 2.00

Yuran Tahunan   RM 1.00

(2)          Yuran  tahunan  hendaklah  dibayar  tidak  lewat  dari  1hb Februari  tiap-tiap tahun kepada Bendahari.  Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

(3)          Sekiranya  yuran  tahunan  tidak  dijelaskan  dalam  tempoh  satu  tahun  tanpa  alasan  yang munasabah,  Jawatankuasa Kerja  berhak memberhentikan keahlian ahli yang berkenaan.  

(4)          Bayaran-bayaran lain untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke atas ahli-ahli dengan persetujuan Jawatankuasa.

(5)      Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli

semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan  menyertakan  bayaran   pendaftaran,  yuran  tahunan dan  penalti  sebanyak  RM 50.00  Permohonan  ini  tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja.