|
OBJEKTIF PENUBUHAN
(1) Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;
(2) Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;
(3) Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;
(4) Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
(5) Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;
(6) Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.
MISI
v Menjadikan Persatuan Belia Melayu Kampung Idaman sebuah Persatuan yang melahirkan pemimpin-pemimpin dari pelbagai bidang yang dapat membantu dalam pembangunan Negara.
VISI
v Melahirkan masyarakat belia yang mempunyai wawasan dan jati diri.
|